728x90 AdSpace

  • Latest News

    Powered by Blogger.

    Combine Post

    Comment

    Monday 16 December 2013

    Sultan Johor jual tanah RM4.5 billion kepada syarikat China


    PETALING JAYA – Selepas menjual enam plot tanah di Johor Baru bernilai RM4.5 bilion, Sultan Johor menandatangani perjanjian untuk membeli 20 peratus saham Berjaya Times Square Sdn Bhd (BTS) membabitkan RM250 juta tunai lapor The Star Online.

    Ia bukan pelaburan pertama yang dimeterai Sultan Johor beberapa bulan kebelakangan ini. Pada Selasa, Berjaya Assets Bhd memberitahu Bursa Malaysia bahawa syarikat tersebut telah melupuskan saham 150 juta atau RM1 setiap satu, atau 20 peratus kepentingan ekuitinya dalam BTS kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

    Bangunan BTS merangkumi pusat membeli-belah setinggi 12 tingkat, dua menara suite 46 tingkat, lima tingkat tempat letak kereta bawah tanah dan 10 tingkat tempat letak kereta annex. Selain itu, BTS turut terlibat mengendalikan tempat letak kereta dan taman tema, serta anak syarikat lain yang menguruskan Berjaya Waterfront, Johor Baru (sebelum ini dikenali sebagai The Zon di Johor) dengan hartanah berkeluasan melebihi 7.28 hektar di Johor.

    Berjaya Assets berkata, pelupusan itu menambah wang tunai segera dan mempelawa Sultan Ibrahim untuk melabur secara langsung dan mengambil bahagian secara aktif dalam hala tuju dan perkembangan BTS. Beberapa minggu lalu, syarikat pemaju dari China, Guangzhou R&F Properties Co Ltd membeli enam plot tanah berkeluasan 47 hektar di Johor Baru daripada Sultan Ibrahim bernilai RM4.5 bilion atau RM891 per kaki persegi. Baca lanjut The Star Online via Suara Insan
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sultan Johor jual tanah RM4.5 billion kepada syarikat China Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top