728x90 AdSpace

  • Latest News

    Powered by Blogger.

    Combine Post

    Comment

    Thursday 19 December 2013

    Bantuan Najib dan UMNO RM500 kepada mangsa banjir tidak memadai


    Penduduk membersih rumah selepas ditenggelami air dalam kejadian banjir di Taman Rakyat Jaya. Foto kredit Sinar Harian Online.

    DUNGUN - “Wang bantuan banjir RM500 berapalah sangat jika hendak dibandingkan dengan kerosakan yang kami alami,” kata Zalita Mohd, 35.

    Zalita merupakan salah seorang daripada lebih 300 penduduk di kawasan perumahan Taman Rakyat Jaya dekat sini, yang terpaksa berpindah selepas kediaman mereka ditenggelami air dalam kejadian banjir baru-baru ini.

    Menurut Zalita, setiap tahun dia dan jiran lain terpaksa menanggung kerugian mencecah ribuan ringgit akibat kerosakan dialami selepas sebahagian peralatan rumah dan perabot ditenggelami air.

    Katanya, dia sudah tidak sanggup lagi berhadapan masalah sama setiap kali tiba musim tengkujuh.

    “Bantuan yang diberikan kerajaan tidak memadai dengan kerugian dialami. Kita mahu penyelesaian jangka panjang, bukan bantuan berbentuk sementara," katanya.

    Sementara itu Haslili Halip, 35, berkata, bencana yang menimpanya saban tahun itu meninggalkan kesan trauma.

    Katanya, masalah dihadapi bukan sahaja ketika berlakunya banjir sehingga menyebabkan mereka terpaksa berpindah ke pusat pemindahan, namun mereka terpaksa menanggung risiko selepas banjir surut kerana air masih bertakung sehingga menjejaskan kehidupan seharian.

    Kata Haslili, air bertakung itu juga menyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada risiko jangkitan kulit selain rumah diselaputi selut yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit berjangkit.

    “Tandas di rumah kami juga tidak boleh digunakan sehingga berminggu-minggu, mereka yang mempunyai anak ramai tentunya lebih perit untuk melalui keadaan ini," katanya.

    Mohd Nazri Samidi, 38 pula berharap agar pihak berkaitan dapat membuat kajian semula terhadap sistem perparitan di taman berkenaan.

    Katanya, walaupun kerajaan telah membina longkang besar, namun banjir masih berlaku, malah kadangkala ia lebih buruk berbanding sebelumnya.

    “Saya mohon pegawai atasan agensi berkaitan datang melawat kawasan ini ketika kami ditimpa musibah, bukan ketika banjir sudah surut," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bantuan Najib dan UMNO RM500 kepada mangsa banjir tidak memadai Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top