728x90 AdSpace

  • Latest News

    Powered by Blogger.

    Combine Post

    Comment

    Wednesday 18 December 2013

    PM Najib tidak guna pendekatan populis tetapi monopoli tadbir negara


    Tahun 2011 sebuah game monopoli baru dicipta yg menyindir kerajaan komunis akan kesusahan hidup para sosialis mencari kesaksamaan berbanding kapitalis. Ramuan semua ideologi politik dan kehikmahan dlm agama penting bagi jalan tengah yg baik. Di penghujung hari si pemerintah yg baik beragama shj yg akan menentukan idea terbaik mengurus negara bukan mengikut sistem barat 100% yg tidak langsung mahu diperbaiki. Foto kredit Spiegel News monopoli politik.


    Bila subsidi syarikat IPP tidak disentuh dan cukai berat kepada rakyat berbanding mereka dan tidak langsung pertimbang rayuan rakyatapakah  itu bukan monopoli  asasnya yg menentukan siapa diberi wang antara player dan kapten industri menjalankan perniagaan yg dijamin tidak RUGI. Tahniah hidup rakyat dan perhambaan dlm sistem hanya satu permainan yg besar menguntungkan bagi ahli politik dan sahabat keluarga mereka.


    Saya Tidak Guna Pendekatan Populis Tadbir Negara - PM lapor The Star Online.

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan kerajaan pimpinannya tidak akan menggunakan pendekatan populis dalam mentadbir sebaliknya sentiasa berusaha untuk mengembangkan ekonomi negara.

    Beliau berkata, kerajaan perlu memastikan pendapatan negara terus bertambah dan berkembang sebelum memutuskan untuk memberi 'janji-janji manis' kepada rakyat.

    "Realiti ini, saya percaya, anda semua sedar. Sebab itulah cara kita mentadbir negara mestilah cara berhemah, cara kita bukan cara populis.
    "Saya boleh jadi perdana menteri yang berdiri atas platform populis, tapi dengan cara itu saya akan meranap dan merosakkan masa depan negara yang tercinta," katanya ketika merasmikan konvensyen tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ke-26 di sini, Selasa.

    Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Presiden Cuepacs, Datuk OmarOsman.

    Najib berkata, untuk itu kerajaan sentiasa memastikan setiap dana yang dikeluarkan dilakukan dengan berhemah bagi memastikan perbelanjaan mengurus tidak melebihi pendapatan negara.

    Katanya, kerajaan tidak mahu sehingga terpaksa meminjam daripada institusikewangan bagi melicinkan urusan pentadbiran, termasuk membayar gaji penjawatawam, kerana ia bukan sahaja akan menjejaskan ekonomi negara, tetapi juga'resipi' yang boleh membawa musibah besar kepada seluruh rakyat.

    Justeru, kata Najib, masyarakat, khususnya penjawat awam seharusnya tidak mudah termakan dengan janji-janji mengenai penjimatan hutang negara atau penurunan harga minyak yang dijanjikan puak-puak tertentu, tanpa memperjelaskan punca kewangan yang akan digunakan untuk menampung pengurangan berkenaan.

    Dalam pada itu, Najib menyeru setiap penjawat awam supaya melayan rakyat dengan baik kerana sebagai tulang belakang perkhidmatan kerajaan, tindakan yangdilakukan akan menjadi cerminan persepsi rakyat terhadap kerajaan.

    "Kalau penjawat awam bekerja dengan baik, molek, beramah mesra, bersopan tapi berkesan dan tegas, maka pandangan dan tahap keyakinan rakyat terhadap kerajaan juga akan kian meningkat," katanya. - BERNAMA
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PM Najib tidak guna pendekatan populis tetapi monopoli tadbir negara Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top