728x90 AdSpace

  • Latest News

    Powered by Blogger.

    Combine Post

    Comment

    Monday 16 December 2013

    Lagi sepuluh kali banjir baru penduduk mahu sedar kelembapan kerajaan UMNO



    Politik lagilah UMNO BN dan terus buat statement saksikan saya di Kuantan memasak nasi dan saksikan siaran langsung saya solat subuh di masjid. Perkataan orang munafik dan tidak ikhlas serta tidak pernah bersedia.

    Tiada kerajaan yg sempurna maka tak perlulah disempurnakan kerajaan melayu ini. Kerana Pak Pandir jatuh pokok pun takdir Allah juga. Penulis bukan orang politik dan tidak hingin jawatan kamu jadi baca dalam konteks manusia marah dgn manusia biasa yg lupa diri.

    Kamu pemuka politik melayu pembelit ini hanya orang biasa yg makan berak dan menyusukan anak dan tiada apa yg tingginya derajat kamu dan bencana demi bencana petanda peringatan kerosakan yg kamu lakukan dan bakal kamu lakukan jika tidak berubah.

    Lebih baik Tun Mahathir kembali menjadi PM kerana dia orang yg banyak berfikir dan berjasa dari org yg lebih mahu popular dan tepuk tangan ahli serta bayar perunding berbilion ringgit entah apa yg dibuatnya hanya jenama. Hendak mendera kerana dendam kuasa pun patut patutlah…Allah Maha Melihat!

     Ana Ghoib yang menghina akan dihinakan. Tiada maaf dipinta

    Banjir Pantai Timur 2013: Laporan Sinar Harian

    KUANTAN – Sekumpulan ahli Umno keluar parti bukan kerana tidak dapat roti, tetapi kerana kecewa dengan kelemahan petugas agensi kerajaan mengendalikan isu banjir, di sini, baru-baru ini. “Bukan sebab roti, tapi rata-rata orang Kuantan, terutama mangsa banjir, berkecil hati dengan kelemahan agensi kerajaan kendali isu banjir,” kata Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, semalam.

    Katanya, mereka amat terasa hati apabila kepayahan yang mereka alami seolah-olah dilayan sambil lewa oleh pihak kerajaan. Fuziah Salleh, yang juga Naib Presiden PKR berkata demikian ketika mengulas punca sebenar ahli-ahli Umno Cawangan Tanah Putih Baru, di sini, bertindak keluar parti dan memohon menyertai PKR.

    Beliau berkata, penjelasan demi penjelasan daripada agensi terlibat dalam pengurusan banjir mengguris hati mereka kerana segala yang diperkatakan itu tidak sama dengan keadaan sebenar dihadapi mangsa banjir, di sini. “Rakyat yang menghadapi kesulitan dengan pelbagai masalah seperti makanan tidak cukup, keperluan yang diperlukan lambat diagihkan dan sebagainya sedangkan mangsa banjir ini amat terdesak. “Lebih malang lagi kita dapat aduan bekalan makanan dan keperluan ada tetapi tidak diagihkan kepada mangsa di saat-saat mereka memerlukannya,” katanya.

    Fuziah berkata, warga Kuantan juga rasa terhina apabila usul beliau di Parlimen meminta darurat diisytiharkan di Kuantan ekoran banjir besar baru-baru ini diperlekehkan. “Saya cuba bawa usul ini demi kepentingan penduduk Kuantan, tapi ada yang yang mempersoalkan cadangan itu, malah kehadiran saya di Parlimen ketika itu juga disindir,” katanya.

    Menurutnya, selepas membawa usul itu, beliau terus ke Kuantan dan sehingga kini bersama-sama menghulurkan bantuan membantu mereka yang terjejas. “(Seramai kira-kira) 100 ahli Umno ini antara yang sedar dan menghargai segala yang kita buat. Justeru, keputusan mereka keluar parti bukan kerana pujuk rayu, tetapi kerana kecewa.

    Fuziah berkata, beliau terkejut apabila kumpulan ini, termasuk seorang pengendali bilik gerakan Umno semasa PRU13 lalu, menemuinya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lagi sepuluh kali banjir baru penduduk mahu sedar kelembapan kerajaan UMNO Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top