728x90 AdSpace

  • Latest News

    Powered by Blogger.

    Combine Post

    Comment

    Monday 16 December 2013

    Kerajaan tolak rundingan, guna helah naikkan tol – Rafizi


    Sampai Unta Masuk Lubang Jarumlah baru kerajaan BN akan tunduk dengan kehendak rakyat yg merayu kerana semua suara habis dipolitikkannya. Dia tidak akan mahu melakukan perkara A kerana A adalah baik dan akan dilakukan pembangkang maka ia memilih B dan C agar nampak bijak dan mengurus serta buat kerja.

    Ia hanya masalah polisi dan dengan bongkaknya mrk ini si kaya buat keputusan di bilik tidur berbantal bulu angsa mewah.

    Untuk menjadi kerajaan yg adil ini adalah seruan Nabi Isa as dalam bible dan dakwahnya sejak zaman roman lagi dan bila kerajaan roman pun menolaknya dan sebutan sampai Unta Masuk Lubang Jarum diulang oleh Nabi Muhammad saw melalui Al Quran dan soal iman maka adalah pelik orang Islam melupakan hikmah kata kata ini dan sedia berkorban demi warganya.

    Baguslah kamu si kaya terus menindas supaya kami di akhirat kelak tahu betapa luasnya kerajaan Allah dan tinggi rendahnya darjat orang kaya miskin yg diterbalikkan kecuali si kaya yg mulia bersedekah lagi adil dan tidak memakan harta secara curang dan tidak melakukan monopoli hingga harta itu berlegar di kalangan kamu shj menurut Al Quran

    .
    Bukan yg diminta rakyat itu harta mereka untuk dikorbankan hanya soal circulation ringgit dari rakyat yg akan berakhir ke bank kepunyaan mereka juga.

    KUALA LUMPUR 15 DIS: Kerajaan menggunakan helah untuk menaikkan kadar tol pada tahun hadapan, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Beliau berkata, kerajaan sengaja menjadikan perjanjian konsesi dengan syarikat konsesi lebuh raya sebagai alasan utama menaikkan kadar tol, sedangkan perkara itu masih boleh dirundingkan.

     “Pihak kerajaan boleh berunding dengan pihak konsesi sebagai jalan mudah untuk tidak membebankan mereka dan rakyat. “Jangan gunakan alasan bahawa pihak mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana perkara berkaitan kenaikan tol ini sudah terkandung dalam perjanjian,” katanya kepada Suara Keadilan. Rafizi berkata, kerajaan sepatutnya tegas menyekat kenaikan tersebut kerana lebuhraya yang bertol juga dibiayai oleh pinjaman mudah kerajaan.

     “Pembinaan lebuhraya turut melibatkan geran atau pinjaman yang disediakan oleh kerajaan kepada konsesi-konsesi yang terlibat. Maka, kerajaan berhak untuk turut serta membuat keputusan dan menghalang kenaikan yang memang membebankan rakyat,” tegasnya. Tambahnya, beberapa konsesi lebuh raya turut dimiliki oleh kerajaan dan sebahagian yang lain telah mencatatkan keuntungan besar dari kutipan tol. “Konsesi lebuhraya seperti Plus Expressway Berhad dimiliki oleh kerajaan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional.

     “Walaupun konsesi lain bukan milikan sepenuhnya oleh kerajaan, tetapi sebahagian besar pemegang sahamnya adalah milik pihak kerajaan melalui kroni mereka. “Kenaikan tol menyebabkan semakin banyak duit yang masuk ke poket mereka dengan mengutip hasil daripada rakyat sebagai pengguna tol,” ujarnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar pada 14 Disember berkata kadar tol akan dinaikkan sebagai memenuhi perjanjian dengan konsesi.

     Kenaikan itu katanya untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan yang membayar pampasan sebanyak RM400 juta dan untuk berlaku adil kepada pembayar cukai. “Rakyat sudah beri subsidi kepada konsesi melalui dana besar dalam pembinaan lebuhraya. Konsesi pun telah mendapat banyak keuntungan hasil kutipan tol. “Kita menentang sebarang kenaikan tol yang akan berlaku,” kata Rafizi yang membidas kenyataan Wahid Omar itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kerajaan tolak rundingan, guna helah naikkan tol – Rafizi Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top