728x90 AdSpace

  • Latest News

    Powered by Blogger.

    Combine Post

    Comment

    Saturday 7 December 2013

    Hukuman sebat, lepas kena hanya 1% ulangi jenayah



    Hakikatnya jika dikenakan hukuman sebat 20 kali sebatan kelihatan daging punggung terbang melayang dlm video youtube jika anda lihat. Tahukah anda bahawa mangsa sebat yg dibantah Amnesty Internationaini kebanyakannya diceritakan menggunakan sarang labah labah yg dikutip di syiling bilik untuk menutup luka dalam akibat sebatan dgn parut kekal – MRM.

    Kajang: Kurang daripada satu peratus banduan yang menjalani hukuman sebat dikesan kembali melakukan jenayah serta dipenjarakan semula dan ia membuktikan keberkesanan sistem sedia ada bagi memberi keinsafan kepada masyarakat lapor Harian Metro. Timbalan Pengarah (Dasar Kepenjaraan) Timbalan Komisioner Penjara Supri Hashim berkata, selain menjalani hukuman itu, program pembangunan latihan yang diadakan jabatan itu juga menjadi antara faktor bekas banduan berjaya menjalani kehidupan lebih baik.

    Katanya, pembangunan kerjaya yang dijalankan sepanjang tempoh hukuman juga memberikan persediaan yang cukup kepada banduan untuk ‘hidup semula’ selepas keluar daripada penjara. “Rekod kita yang ada menunjukkan tidak sampai seratus orang daripada jumlah keseluruhan itu masuk semula ke penjara, dan itu pernah kita kongsi di sidang Parlimen sedikit masa dulu.

     “Ketika ini kita ada 4,000 banduan yang mengikuti program pembangunan insan dan mereka menunjukkan semangat untuk membina semula kehidupan dan melupakan kesilapan lalu,” katanya ketika ditemui Harian Metro. Beliau mengulas mengenai pengakuan Botak Chop yg disiar dlm edisi cetak Hmetro, bekas banduan yang mendakwa menerima lebih seratus sebatan atas pelbagai kesalahan jenayah berat sejak mula dipenjarakan pada tahun 1973.

     Lelaki berusia 53 tahun itu kini insaf dan ingin berkongsi pengalamannya dengan masyarakat dan berharap generasi baru tidak terlalu mengikut perasaan dan melakukan perbuatan yang boleh memusnahkan masa depan. Supri berkata, terdapat dua kaedah untuk menentukan sama ada bekas banduan itu pernah menjalani hukuman iaitu menerusi semakan rekod dan kesan parut. “Yang kita difahamkan, mereka benar-benar terkesan dengan sebatan,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hukuman sebat, lepas kena hanya 1% ulangi jenayah Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top