728x90 AdSpace

  • Latest News

    Powered by Blogger.

    Combine Post

    Comment

    Thursday 19 December 2013

    Kumpulan sesat satu keluarga lakukan sumbang mahram sejak 4 generasi ditemui di Australia



    Anak adik beradik hasil hubungan seks sumbang mahram dan kelihatan cacat - Foto kredit  Examiner / IBtimes.

    Sekumpulan kanak-kanak terbiar dengan sesetengahnya mengalami kecacatan ditemui di sebuah petempatan luar bandar di Australia dalam kes sumbang mahram yang menggemparkan negara itu lapor CBC News.

    Manakala laporan USA Today pula menyebut ianya sebagai satu acara sesat seakan pemujaan. Media semalam melaporkan, 12 kanak-kanak berusia antara lima hingga 15 tahun itu dipindahkan pekerja sosial yang bertindak ekoran aduan pada Julai tahun lalu yang menyatakan mereka gagal hadir ke sekolah. Jika mereka datang sekalipun keadaan mereka terlalu kotor dan tubuh sangat kurus.



     Ketika polis dan pekerja perlindungan kanak-kanak mengunjungi ladang tempat mereka tinggal itu, ia dihuni 30 lagi orang dewasa, beberapa generasi dari keluarga yang sama. Empat generasi - iaitu bapa saudara, ibu saudara, adik dan abang - semuanya melakukan seks sesama mereka, membesarkan generasi seterusnya yang turut mengulang perbuatan generasi sebelumnya.

    Ujian genetik mendedahkan bahawa 11 daripada 12 kanak-kanak yang mempunyai hubungan persaudaraan itu - lima daripada “saudara dekat” dan mempunyai pelbagai kecacatan, termasuk pekak dan buta. Mereka mempamerkan pelbagai darjah tingkah laku seksual sesama sendiri dan juga kepada orang asing serta menceritakan perbuatan seksual yang memualkan sesama sendiri, termasuk di depan kanak-kanak.

    Kumpulan itu hidup dalam keadaan yang kotor dalam dua karavan, dua bangsal dan dua khemah tanpa bekalan air atau sistem pembetungan. Mahkamah semalam berkata, pemerhatian terhadap keadaan kanak-kanak itu menjadi bukti kukuh bahawa berlaku sumbang mahram dan penderaan seksual selama beberapa generasi di situ. Dokumen mahkamah menyatakan pertuturan kanak-kanak itu sukar difahami dan keadaan kebersihan dan kesihatan gigi mereka sangat teruk. Mereka terpaksa masuk ke belukar untuk membuang air.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 comments:

    Item Reviewed: Kumpulan sesat satu keluarga lakukan sumbang mahram sejak 4 generasi ditemui di Australia Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top