728x90 AdSpace

  • Latest News

    Powered by Blogger.

    Combine Post

    Comment

    Monday 16 December 2013

    Saintis temui gua simpan misteri ‘tsunami’ Aceh


    Saintis berkata mereka menemui gua di Lhonga Leupung, Aceh yang merekodkan bencana tsunami di lautan Hindi sejak beribu-ribu tahun lalu. – Foto BBC Indonesia  /  Gua Ini Menyimpan Jejak 10 Tsunami Dahsyat di Aceh

    Medan: Saintis menemui gua di kepulauan Sumatera di Indonesia yang menunjukkan rekod mengagumkan tsunami Lautan Hindi sejak beribu-ribu tahun lalu. Mereka berkata, lapisan mendapan akibat tsunami yang ditemui dalam gua di barat laut Sumatera itu menunjukkan ombak pemusnah terbesar itu tidak berlaku pada jangka masa ditetapkan, bermakna komuniti di kawasan itu perlu bersedia setiap masa.


    Profesor Rubin dan beberapa penyelidik lain dari institut di Singapura bekerjasama dengan saintis dari universiti Indonesia ketika menemui gua itu, di selatan Banda Aceh, ibu negeri wilayah Aceh. Rekod tsunami yang ditemukan berupa lapisan guano (najis kelelawar) dan debris tsunami yang masuk ke gua. Jessica Pilarczyk, salah satu anggota, menyampaikan fakta hasil penelitian.

     Diberitakan BBC, Pilarzyk mengungkapkan bahwa lapisan tersebut sangat jelas, di mana debris tsunami langsung dipisahkan oleh lapisan guano. Debris tsunami bisa diketahui dengan melihat karakteristik pasir dan organismenya, misalnya adanya mollusca dan foraminifera. “Ia sesuatu yang masyarakat perlu tahu,” kata ketua pasukan penyelidik, Charles Rubin, sambil menambah pasukan itu mahu mempromosikan keselamatan kepada komuniti di persisiran pantai.

    Tsunami yang berpunca daripada gempa bumi memusnahkan wilayah itu dan kawasan di seluruh Lautan Hindi pada 2004, membunuh kira-kira 170,000 di wilayah itu saja. Di dalam gua berkenaan, penyelidik menemui lapisan mendapan berpasir, yang dibawa oleh tsunami beribu-ribu tahun lalu, kata Rubin.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Saintis temui gua simpan misteri ‘tsunami’ Aceh Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top