728x90 AdSpace

  • Latest News

    Powered by Blogger.

    Combine Post

    Comment

    Thursday 26 December 2013

    Kompaun kesalahan trafik lalu lintas terus meningkat

    Foto kredit Sinar Harian Online.

    KUALA LUMPUR - Walaupun Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengadakan sebanyak 26 'Operasi Halang' tahun ini bagi mencegah kesalahan lalu lintas, kadar kompaun kesalahan yang dikeluarkan terus meningkat lapor Utusan Online hari ini.

    Ketua Inspektor Cawangan Trafik DBKL, Afzal Nizan Abd. Latif berkata, ini ekoran kesedaran terhadap kesalahan lalu lintas masih kurang dalam kalangan pengguna jalan raya terutama mereka dari luar Kuala Lumpur ketika memasuki bandar raya.

    "Kemungkinan mereka boleh melakukan apa yang salah di sini di tempat mereka dengan sewenang-wenangnya dan atas sebab itulah Kuala Lumpur sering sesak.

    "Selain itu ada juga pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan berulang termasuk teksi, bas, kenderaan persendirian dan juga motosikal.

    "Antara kesalahan yang dilakukan ialah meletakkan kenderaan di garisan kuning, meletak di atas bahu jalan dan menghalang lalu lintas.

    "Untuk kesalahan trafik yang lain, kami turut mengadakan operasi bersama agensi penguat kuasa lain termasuk polis trafik, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat Operasi Halang di Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Jalan Tun Razak.

    Operasi itu diketuai oleh Inspektor Md. Isa Mohamed dan disertai oleh 11 penguat kuasa Cawangan Trafik DBKL, tiga anggota polis trafik Jalan Bandar, SPAD (empat anggota) dan JPJ (empat).

    Menurut Afzal Nizan, pihaknya juga menyerahkan cadangan kepada Jabatan Pengangkutan Bandar DBKL untuk membolehkan bas yang terlalu banyak di beberapa bahagian bandar raya dapat dikurangkan hentiannya.

    "Bas yang terlalu banyak terutama di Jalan Tun Tan Sew Sin, Jalan Tun H.S Lee, Jalan Perak, Jalan Tun Tan Cheng Lok, Lebuh Ampang dan Ampang Park dikenal pasti menyebabkan kesesakan lalu lintas terutama di waktu puncak.

    "Selain itu teksi yang menunggu di tempat menurunkan penumpang, kenderaan individu yang diletakkan di tepi jalan juga menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di bandar raya," katanya.

    Menurut Afzal Nizan, selain notis kompaun yang dikeluarkan hari ini, penguat kuasa DBKL juga boleh mengeluarkan saman bagi mereka yang melakukan kesalahan memotong Q, melanggar lampu isyarat, berhenti di atas garisan kuning dan ingkar papan tanda.

    "Bagi kesalahan-kesalahan ini, kami akan keluarkan saman untuk mereka ke mahkamah atau mereka boleh membayar kompaun RM300 serta merta," katanya.



    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kompaun kesalahan trafik lalu lintas terus meningkat Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top