728x90 AdSpace

  • Latest News

    Powered by Blogger.

    Combine Post

    Comment

    Monday 21 July 2014

    SAMM: Bukan ahli kami ugut bunuh PM


    Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini menjelaskan ugutan untuk membunuh perdana menteri melalui sebuah akaun Facebook bukan milik anggotanya, walaupun ditiru menyerupai akaun sebenar.

    Pengarah Propaganda NGO itu Edy Noor Reduan berkata, perkara itu telah dinafikan mangsa Afzanizam Hashim, penggerak SAMM Pulau Pinang, melalui laporan polis dan keterangan pada pihak keselamatan itu sehari kemudian.

    “Ini adalah satu penganiayaan terhadap seorang penggerak SAMM dan menjadi satu cubaan merosakkan nama baik SAMM,” kata Edy (kanan).

    Laporan polis dibuat pada 17 Julai di Balai Polis Perda Pulau Pinang – lebih awal daripada laporan polis pihak-pihak lain yang menyatakan kemarahan terhadap Afzanizam.

    Lima NGO semalam dilaporkan membuat laporan polis supaya menyiasat individu menggunakan nama “Ahli Fikir” di Facebook yang membuat ugutan jenayah terhadap Najib, lapor Bernama.

    Afzanizam turut menggunakan nama “Ali Fikir” di laman sosial itu.

    NGO itu ialah Persatuan Veteran Tentera Melayu Satu Malaysia (PVTM), Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Wanita Jaringan Rakyat (WAJAR) dan Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS).

    Mereka diwakili Presiden PVTM Datuk Mohd Ali Baharom yang membuat laporan itu dengan diiringi 15 anggotanya di balai polis Sungai Besi di Kuala Lumpur tengah hari semalam.

    "Tindakan individu yang dikenali sebagai 'Ahli Fikir' dalam laman Facebook itu sudah melampau... kepada individu berkenaan, jangan cuba mempolitikkan segala isu yang ada di negara ini dengan menyalahkan pemimpin dan parti pemerintah," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

    Antara status kontroversi itu berbunyi: "Mari kita berjihad, hapuskan Najib laknatullah daripada kezaliman Israel dan pencerobohan di Sabah”.

    Status kes Nik Aziz, Anwar?

    Dalam kenyataan hari ini, SAMM membangkitkan “trend” penyalahgunaan Facebook terhadap anggota mereka, termasuk pengasas NGO itu sendiri Badrul Hisham Shaharin dan jelitawan Young Syefura Othman yang menyertai DAP baru-baru ini.

    “SAMM kesal dengan fitnah yang dilemparkan terhadap gerakan SAMM ketika negara sedang berduka dengan tragedi MH17, ia seolah mengambil kesempatan dari peristiwa yang berlaku,” kata Edy.

    Sementara itu, NGO itu juga menggesa siasatan menyeluruh dibuat dan polis juga harus menyelesaikan aduan sama membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    “SAMM turut mempersoalkan di manakah hasil siasatan kes ugutan bunuh dari kalangan prokerajaan itu?

    "Apakah ia juga berakhir di Lautan Hindi?” sindirnya.


    Malaysiakini BM
    Next
    This is the most recent post.
    Older Post
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SAMM: Bukan ahli kami ugut bunuh PM Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top