728x90 AdSpace

  • Latest News

    Powered by Blogger.

    Combine Post

    Comment

    Sunday 12 January 2014

    IKEA akan dibuka di Batu Kawan Pulau Pinang



    Kerajaan Negeri dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) akan menerima rangsangan pelaburan baru apabila pusat beli-belah IKEA yang dibangunkan oleh Ikano Pte Ltd akan dibina di tanah seluas 98 hektar di kawasan Batu Kawan, Seberang Perai Selatan (SPS).
    Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, selain pusat membeli-belah IKEA, kawasan itu juga akan didirikan pejabat serta kediaman yang akan dibangunkan bersama Aspen-Ikano (syarikat usaha sama yang akan dibentuk oleh Aspen Vision Land Sdn Bhd dan Ikano Pte Ltd).
    ikea batu kawan
    “Keseluruhan pembangunan komersial di kawasan ini dijangka siap dalam tempoh 10 tahun dari tarikh perjanjian,” katanya pada sidang media bagi mengumumkan perkara itu di pejabatnya di sini, semalam.

    Beliau berkata, jumlah kos tanah bagi projek itu ialah RM483.95 juta dan bayaran perlu dibuat dalam tempoh 60 bulan dari tarikh perjanjian, manakala deposit sebanyak RM5 juta yang dibayar kepada PDC juga tidak akan dikembalikan.

    Katanya, dengan adanya pusat beli -belah IKEA di kawasan SPS, ia akan berupaya membangunkan kawasan di bahagian tanah besar sebagai destinasi pilihan menarik untuk belajar, bekerja dan hidup dengan baik serta selesa. - BERNAMA
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: IKEA akan dibuka di Batu Kawan Pulau Pinang Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top