728x90 AdSpace

  • Latest News

    Powered by Blogger.

    Combine Post

    Comment

    Friday 6 December 2013

    Kambing Diheret Ke Mahkamah Hadiri Perbicaraan Mangsa Rogol

    Seekor kambing yang menjadi mangsa kes serangan seksual semalam hadir di mahkamah untuk berdepan penyerangnya seorang pemuda berusia 28 tahun lapor akhbar The Star Kenya.
    Katana Kitsao Gona dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menyetubuhi kambing berkenaan walaupun sudah beristeri.
    Justeru, katanya, dia berharap hakim dapat meringankan hukuman atas kesalahannya mendera kambing.Dalam keterangannya di depan hakim, Gona berkata isterinya adalah seorang wanita kurang upaya dan hanya bergantung kepada dirinya untuk mencari rezeki.
    Bagaimanapun majistret Muthoni Nzibe tidak mengendahkan rayuan Gona dan mengarahkan dia dipenjara 10 tahun selepas mengaku salah mengadakan hubungan seks dengan kambing.
    Kambing yang menjadi mangsa Gona dibawa ke mahkamah sebagai bahan bukti oleh pegawai pendakwa kes.
    Menurut pegawai pendakwa Jimmy Kema, Gona melakukan kesalahan itu Isnin lalu. Saksi yang juga jiran Gona berkata dia memasuki kawasan semak untuk membuang air kecil dan terkejut apabila melihat sehelai baju disangkut pada pokok.
    Apabila dia menyiasat lebih lanjut, saksi terkejut apabila ternampak Gona berbogel dan mengadakan hubungan seks dengan kambing yang ditambat.
    Dia memaklumkan pemilik kambing itu serta orang kampung sebelum Gona ditahan polis.
    Menurut laporan pejabat veterinar, kesan darah ditemui pada vulva kambing berkenaan yang turut membuktikan serangan seksual terjadi. Sumber
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kambing Diheret Ke Mahkamah Hadiri Perbicaraan Mangsa Rogol Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top