728x90 AdSpace

  • Latest News

    Powered by Blogger.

    Combine Post

    Comment

    Saturday 21 December 2013

    Ratusan kanak kanak dan krew filem terkandas, diselamat bomba di Bukit Broga


    KUALA LUMPUR – Seramai 152 kanak-kanak dan remaja serta 40 kru penggambaran iklan sebuah syarikat berjaya diturunkan kira-kira 7.25 malam ini selepas mereka terperangkap beberapa jam berikutan hujan lebat di puncak Bukit Broga, Semenyih.

     Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih Khairul Anuar Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 3.15 petang tadi sebelum 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dan Kajang dikejarkan ke tempat kejadian.

     “Difahamkan, mereka naik ke bukit itu pada 5 pagi tadi untuk menjalani penggambaran iklan minuman dan gagal untuk turun ke kaki bukit berikutan hujan lebat petang tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Katanya, kesemua mangsa diturunkan secara berperingkat bermula dengan kanak-kanak dan remaja. – Bernama
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ratusan kanak kanak dan krew filem terkandas, diselamat bomba di Bukit Broga Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top