728x90 AdSpace

  • Latest News

    Powered by Blogger.

    Combine Post

    Comment

    Monday 16 December 2013

    Najib puji mangsa banjir dan bantuan rakyat kepada mangsa


    Puji sahaja kah? atau patut hantar menteri ke Holand dan Venice cara hadapi bencana dan manipulasi. Ada pernah kita baca menteri buat kenyataan Msia harus meniru Amsterdam selepas lawatannya ke Eropah selepas itu senyap.
    Mungkin maksud beliau tiru sisha bar shj bukan teknologinya. Berpuluh ribu kontraktor kelas F selama ini boleh diberi projek elak bencana banjir dgn pelaburan dlm negara yg hanya menggunakan sirkulasi ringgit shj. Berapa banyak tamadun dunia membangun dgn wang sendiri bukan pelaburan asing tetapi menteri mahu lebih gaya dan dollar shj lagaknya.
    Susah bercakap dengan org yg sengaja tidak mahu mencari solusi dan lebih malang ada solusi tetapi menggunakannya sbg senjata kekayaan untuk diguna sesama mereka shj walhal yg menuntut merintih dari rakyat massa semuanya dikira suara politik pembangkang.
    Ana Ghoib suka mengingatkan melayu jangan jadi bangsa yahudi yg kerana ratusan tahun menjadi hamba firaun ia sudah hilang keyakinan diri dan akhirnya terhukum. Tidak perlu jadi ahli politik pun untuk menyumbang dan anda boleh lupakan bank idea yg ditubuh oleh Najib melainkan anda mahu Top UP 10 ringgit kerana keperihatinan anda memberi pandangan yg tidak akan dibaca pun.
    Ana Ghoib the rebuker... Nota: Najib harus dibantu dari segi semangat serta harus diingatkan selalu nampaknya kerana kebanyakan statement menteri beliau kebanyakannya lebih kepada mengenakan Najib PM semula.... 

    TOKYO: Najib turut mengucapkan syabas kepada agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan, jabatan-jabatan berkaitan sehinggalah para penghulu yang terus berusaha memastikan segala keperluan asas mencukupi lapor The Malaysian Insider.

    "Pelbagai pihak telah tampil memberi sumbangan dalam bentuk tenaga, wang ringgit dan sokongan moral untuk mangsa terlibat. "Semangat, usaha dan keprihatinan ini benar-benar mencerminkan (semangat) 1Malaysia tanpa mengira agama, mahupun aliran politik masing-masing," katanya dalam entri terbaru di laman www.1malaysia.com.my hari ini.

    Najib berkata kerajaan persekutuan dan negeri perlu mengkaji semula sistem serta langkah menghadapi banjir dan bencana alam sedia ada supaya dapat menampung secara efisyen dan berkesan segala keperluan yang bakal meningkat dan perubahan iklim lebih serius. Ini termasuk sistem memindah dan menyelamat mangsa, penempatan sementara, penyebaran maklumat dan amaran bencana serta usaha memulihkan kawasan bencana supaya kembali menjana pekerjaan dan menyumbang kepada ekonomi negara," kata Najib.

    Awal bulan ini, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor dilanda banjir buruk susulan hujan lebat berterusan serta limpahan air sungai di beberapa kawasan. Hanya Pahang masih mempunyai mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan. Najib berkata bencana banjir yang melanda negeri-negeri Pantai Timur setiap hujung tahun tidak boleh diambil ringan, khususnya apabila ia menjejaskan ribuan mangsa malah menyebabkan rakyat menanggung kerugian besar.

    Beliau turut mengimbau pengalamannya meninjau kawasan dilanda banjir di Kuantan, Rompin dan Pekan di mana beliau bertemu mangsa di pusat-pusat pemindahan. "Walau kehidupan seharian terjejas teruk, semangat dan ketabahan yang ditunjukkan mereka amat mengagumkan," katanya dan menambah kerajaan pusat dan negeri akan berusaha memastikan kehidupan rakyat yang terjejas akibat bencana itu segera dipulihkan.

    Kata Najib, semasa melawat pusat pemindahan sementara di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan yang menempatkan 500 mangsa banjir, beliau diberitahu beberapa mangsa banjir bahawa keadaan akan menjadi lebih mencabar sekiranya tiada pihak tampil menghulurkan bantuan.

    Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan bencana alam lebih dahsyat boleh melanda negara akibat perubahan iklim global, berdasarkan kejadian banjir kali ini dan banjir lumpur di Cameron Highlands pada Oktober lepas. Beliau turut meminta lebih ramai rakyat Malaysia berganding bahu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. "Saya percaya setiap sumbangan anda membawa makna yang besar kepada mangsa. Marilah kita bersama-sama berdoa supaya bencana ini segera berakhir," katanya. – Bernama
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Najib puji mangsa banjir dan bantuan rakyat kepada mangsa Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top