728x90 AdSpace

  • Latest News

    Powered by Blogger.

    Combine Post

    Comment

    Sunday 5 January 2014

    NGO ‘C4′ ditubuh perangi rasuah dan kronisme

    Satu jenama baru inisiatif ‘bebas’ – Pusat bagi Memerangi Rasuah dan Kronisme (atau nama singkatannya C4) – akan dilancarkan oleh beberapa tokoh aktivis pada 16 Januari ini. Bercakap bagi pihak projek C4, pengarah pusat tersebut, Cynthia Gabriel berkata pelancarannya yang akan diadakan di Selangor, akan mengumumkan maklumat lanjut mengenai rancangan pusat tersebut bagi tahun ini.

    Beliau menamakan tiga tokoh tersebut sebagai penggerak utama utama C4 – bekas pengarah eksekutif Transparency International Richard Yeoh, bekas pesuruhjaya Suhakam Simon Sipaun dan pengerusi yang juga pengerah Islamic Renaissance Front, Ahmad Farouk Musa.

    Selain memberi tumpuan tugasnya di Sabah dan Sarawak, di mana tahap rasuah didakwa berleluasa, Gabriel berkata inisiatif itu dirangsang oleh gesaan di kalangan rakyat Malaysia untuk tadbir urus yang bersih dan menghapuskan rasuah.

    Tegasnya, kewujudan C4 adalah penting dan tepat pada masanya dalam landskap politik yang berubah-ubah di negara ini dan ia merancang menjadi pelengkap kepada usaha organisasi masyarakat sivil yang lain. “Inisiatif baru ini adalah mengenai memerangi rasuah, menghentikan pembaziran dan menggalakkan ketelusan dalam kerajaan, dan ia meliputi kerajaan tempatan, negeri dan pusat. Ia merentasi semuanya, termasuk di negeri-negeri Pakatan Rakyat,” tambah Gabriel.

    Gabriel berkata C4 bertujuan untuk menggalakkan dasar kerajaan yang terbuka di semua peringkat kerajaan, dan berkempen untuk pembaharuan dasar dan perundangan serta untuk menggalakkan kebebasan maklumat. Secara kebetulan, C4 adalah bahan letupan plastik yang digunakan dalam pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006 di sebuah hutan di Shah Alam.

    Dua bekas pengawal peribadi Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak, yang disabitkan dengan pembunuhan itu, bagaimanapun dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas yang memutuskan bahawa terdapat “salah arah yang serius” dalam keputusan Hakim Mahkamah Tinggi sebelum itu. Baca lanjut Malaysiakini BM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: NGO ‘C4′ ditubuh perangi rasuah dan kronisme Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top