728x90 AdSpace

  • Latest News

    Powered by Blogger.

    Combine Post

    Comment

    Friday 17 January 2014

    Skuad Pemuda UMNO berlakon prihatin kos sara hidup, kalau polisi tidak ubah tak guna juga


    Skuad Pengguna Pemuda UMNO dan kos sara hidup

    Pagi tadi saya bersama Biro Kualiti Hidup Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) serta Pemuda Wilayah Persekutuan dan Pemuda Selangor telah membuat tinjauan ke Pasar Borong Kuala Lumpur dekat Selayang.

    Lawatan ini juga selari dengan arahan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam yang mahukan semua ahli jemaah menteri meninjau situasi kenaikan kos sara hidup serta harga barangan di seluruh negara demi kepentingan rakyat.

    Ini juga merupakan satu langkah di bawah prinsip tanggungjawab bersama yang sentiasa menjadi amalan kerajaan Barisan Nasional (BN), dalam membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan amanah tersebut.

    Perbualan saya dengan beberapa peniaga di pasar borong itu pagi tadi telah memberi tumpuan kepada sistem rantaian harga dan bekalan barangan bahan mentah. Secara spesifik, saya nak tahu apakah sebab kenaikan harga bagi sesetengah barang mentah.



    Rata-rata peniaga memberitahu faktor utama kekurangan bekalan akibat cuaca, yang menyebabkan nelayan tidak turun ke laut dan hasil sayuran turut terjejas. Kami juga mendapati situasi ini juga disebabkan oleh kekurangan bekalan dari luar negara. Tidak tolak kemungkinan kenaikan harga juga disebabkan monopoli/kartel dan juga pengusaha yang mengambil kesempatan.

    Ekoran itu, saya dalam sidang media selepas program lawatan di pasar tersebut telah mengumumkan penubuhan Skuad Pengguna PPUM di seluruh negara diketuai oleh Biro Kualiti Hidup di bawah saudara Rahman Hussin, yang akan memantau harga barangan serta menyalurkan segala maklumat berkaitan kepada KPDNKK.

    Skuad ini juga akan mendampingi para peniaga dan pembeli di pasar borong serta pasar harian seluruh negara bagi menyalurkan maklumat serta hak kepenggunaan, antaranya berkaitan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, serta Akta Persaingan untuk memerangi jika terdapat aktiviti monopoli pihak tidak bertanggungjawab. Skuad ini juga akan mengedar senarai harga untuk barang mentah makanan yang disarankan oleh KPDNKK supaya pengguna dibekalkan dengan maklumat yang terkini mengenai turun naik harga.

    Idea penubuhan skuad ini timbul selepas program serupa yang telah dimulakan oleh Pemuda UMNO Kedah baru-baru ini dan usaha ini diharap dapat membantu kerajaan menangani serta membendung sebarang situasi kenaikan harga barang yang tidak munasabah, seterusnya melindungi pengguna.

    Saya harap gerakan kepenggunaan yang dimulakan dengan skuad ini dapat membantu rakyat membanteras kenaikan harga barang yang tidak munasabah. Kartel dan monopoli yang cuba mengaut keuntungan luar biasa dengan manipulasi rantaian bekalan juga perlu diambil tindakan.

    Sumber FB Khairy Jamaluddin
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Skuad Pemuda UMNO berlakon prihatin kos sara hidup, kalau polisi tidak ubah tak guna juga Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top