728x90 AdSpace

  • Latest News

    Powered by Blogger.

    Combine Post

    Comment

    Sunday 12 January 2014

    Kes Tembakan Remaja Liar: Musa Aman minta orang ramai di Sabah tidak panik


    SENAPANG ANGIN Foto kredit Mymetro Oleh MOHD RAZLAN SALLEH DAN NORASIKIN DAINEH

    Kota Kinabalu: Polis menafikan semua 31 kejadian tembakan senapang angin menggunakan peluru guli di pintu dan dinding kaca premis sekitar bandar raya dan Penampang ada kaitan dengan perbicaraan 30 pengganas Sulu yang menceroboh di Lahad Datu, yang sedang berlangsung di Kompleks Pusat Penjara Kota Kinabalu lapor Malaysian Review 

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dilakukan sekumpulan 'budak nakal' yang tidak bertanggungjawab dan tiada kaitan dengan kegiatan pengganas. “Polis yakin insiden ini dilakukan kumpulan tidak bertanggungjawab, ia bermotifkan untuk menimbulkan kerisauan orang ramai dan berdasarkan perbincangan awal, polis melihatnya sebagai perbuatan golongan muda nakal.

     “Bagaimanapun, ia masih dalam siasatan termasuk usaha mengenal pasti kumpulan terbabit yang menaiki tiga kenderaan ketika melakukan perbuatan ini,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, dekat sini, semalam. Jauteh berkata, kejadian dipercayai berlaku antara jam 11.45 malam hingga 12.45 tengah malam di sekitar bandar raya termasuk Inanam dan Luyang yang mengakibatkan kerosakan membabitkan 25 premis.

    Foto
    KESAN tembakan pada cermin kaca sebuah pusat beli-belah akibat bidikan senjata angin yang berlaku sekitar Kota Kinabalu.

     “Hasil pemeriksaan, polis turut menemui beberapa biji guli di lokasi kejadian, dipercayai digunakan kumpulan terbabit untuk memecahkan cermin premis. “Antara premis yang terjejas termasuklah lima bank, tiga hotel dan selebihnya membabitkan pejabat, restoran dan salun. “Pecahan lokasi termasuk 13 kejadian dilaporkan di pusat bandar, sembilan di Luyang dan tiga lain di Inanam,” katanya yang mengesahkan 19 laporan polis sudah diterima.

     Sehubungan itu, Jauteh berkata, pihaknya yakin kumpulan itu yang menaiki dua kenderaan pacuan empat roda dan kereta memiliki tiga senapang angin untuk melakukan perbuatan terbabit. “Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan khianat. “Polis kini sedang mengumpul maklumat termasuk daripada kamera rakaman litar tertutup (CCTV) premis terbabit,” katanya. Sehubungan itu, Jauteh meminta orang ramai supaya tidak cemas dan usah mudah percaya khabar angin yang disiarkan di laman sosial.

     “Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat boleh menghubungi talian 088-221191 dan jangan mudah percaya dengan sebarang maklumat disebarkan di laman sosial,” katanya. Sementara itu di Penampang, Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh, ketika dihubungi turut mengesahkan enam premis turut menerima nasib sama.

     “Kawasan terbabit termasuk empat premis di Donggongon dan selebihnya di Bundusan dan Beverly Hills membabitkan dua bank, bilik pameran kereta, pusat beli belah dan restoran. “Kejadian ini berlaku antara jam 4 hingga 6 pagi tadi (semalam),” katanya. Ratan berkata, polis masih melakukan siasatan dan meminta orang ramai memberi kerjasama sekiranya mempunyai maklumat. Harian Metro
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kes Tembakan Remaja Liar: Musa Aman minta orang ramai di Sabah tidak panik Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top